Pasukan gergasi dari Selatan, Johor Darul Ta’zim dianggarkan
bakal membawa pulang hadiah kejohanan sebanyak RM1.2 Juta.
Hal ini rentetan daripada aksi cemerlang pasukan JDT di
pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL). Walaupun JDT terpaksa akur dengan kekalahan
kepada Urawa Red Diamonds pada aksi Round Of 16 semalam, prestasi yang
diperagakan Harimau Selatan sepanjang saingan ACL musim ini wajar diberikan
pujian.
Selepas disemak di laman sesawang SportingNews, setiap
kemenangan yang dicatatkan pasukan pada aksi peringkat kumpulan bakal diberikan
ganjaran sebanyak 50,000 USD sementara keputusan seri yang diraih pasukan akan
menerima sebanyak 10,000 USD.
Setiap pasukan turut akan menerima wang subsidi pelancongan
sebanyak 60,000 USD untuk setiap perlawanan.
Untuk rekod, JDT telah mencatatkan empat kemenangan dalam
saingan kumpulan serta satu keputusan seri berjaya dilakar. Ini bermakna, JDT
dianggarkan bakal meraih keseluruhan hadiah sebanyak 210,000 USD tidak termasuk
subsidi setiap perlawanan.
Jika ia ditukar kepada matawang Malaysia, hadiah JDT di
peringkat kumpulan sahaja boleh mencecah kira-kira RM1 Juta dan perkiraan ini
tidak termasuk dengan subsidi yang akan diberikan.
Pentas ACL ini telah memberikan banyak kebaikan buat pasukan
dan arean bola sepak Malaysia. Selain para pemain tempatan ini mendapat
pengalaman beraksi di pentas tertinggi di Asia, JDT juga dapat menjana kewangan
tambahan hasil ganjaran yang diterima selepas menjadi Juara Kumpulan I.
Sumber: makanbola.com