Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan
Perkhidmatan Kebajikan Am melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan
lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia
yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat
kelayakan dan cara memohon bagi jawatan – jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
1.
JURUPULIH PERUBATAN – GRED U29
-
Gaji: RM1797 – RM5,753
-
Kenaikan Tahunan: RM145
2.
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN – GRED U11
-
Gaji: RM1,204 – RM3,001
-
Kenaikan Tahunan: RM80
3.
PEMBANTU AWAM – GRED H11
-
Gaji: RM1,218 – RM2,939
-
Kenaikan Tahunan: RM80
Syarat-syarat Kelayakan
-
Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
-
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
-
Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan
rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan
yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang
dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dilaksanakan secara atas talian
(online) di Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, dengan
mendaftar dan mengisi borang permohonan secara lengkap.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan
adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan – jawatan yang
selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan
melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 08 OGOS 2022 (11.59 MALAM).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan secara atas
talian boleh dirujuk DI SINI.
Sumber: berikerja.com.my