Ini Senarai Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2022 Yang Kita Semua Perlu Tahu
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai
jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada
di peringkat Negeri atau Persekutuan.
Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan-bantuan
kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2022: –
Program Peranti Siswa Fasa ke-2
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah sebuah
inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan
Tinggi (IPT) yang berada dalam kategori keluarga B40..
Bagi permohonan program ini bagi Fasa ke-2, ia akan
dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Permohonan boleh
dikemukakan di Sistem Permohonan PerantiSiswa – DI SINI.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan-bantuan Bulanan JKM
Bagi mereka yang telah diluluskan permohonan bantuan
bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pembayarannya akan dilaksanakan
dari 01 hingga 10 Ogos 2022. Antara bantuan-bantuan yang terlibat adalah
seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Anak Pelihara (BAP), Bantuan Am
Persekutuan, Bantuan Warga Emas (BWE) dan sebagainya.
Jumlah bayaran pula adalah antara RM100 hingga RM1,000
mengikut ketetapan setiap skim bantuan. Untuk senarai penuh bantuan-bantuan
bulanan JKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar
secara dua fasa (RM300 setiap fasa) oleh RISDA kepada mereka yang berkelayakan.
Permohonan BMT masih dibuka dan akan ditutup pada 15 September 2022.
Maklumat lanjut berkenaan BMT boleh dirujuk di Portal
Rasmi RISDA atau DI SINI.
Bantuan Bil Air Percuma
Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program
penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri
Selangor. Melalui inisiatif ini, mereka yang berkelayakan boleh menerima
manfaat 20 meter padu air percuma.
Permohonan SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun
2024. Maklumat lanjut berkenaan SADE boleh dirujuk di Portal Air Selangor – DI
SINI.
Sumber: berikerja.com.my
0 Response to "Ini Senarai Tarikh-tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Ogos 2022 Yang Kita Semua Perlu Tahu"