Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis
bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pusat
atau Negeri.
Malah, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga
telah membenarkan pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahlinya membuat
pengeluaran wang dari Akaun 2 masing-masing. Berikut adalah senarainya: –
Pembayaran Yuran & Pinjaman Pendidikan
Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 bagi
membayar yuran atau pinjaman pendidikan mereka. Pengeluaran juga boleh dibuat
bagi tujuan pembayaran yuran hostel/penginapan dan penerbangan sehala untuk
pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.
Pembelian Rumah
Bagi mereka yang ingin membeli rumah, ahli boleh membuat
pengeluaran dari Akaun 2 sama ada pembelian dari pemaju, individu atau lelong.
Rumah kediaman itu merangkumi jenis
banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio /
apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di
Malaysia.
Pembayaran Bulanan Pinjaman Rumah
Bagi tujuan ini, ahli boleh membuat pengeluaran bagi
mengurangkan ansuran bulanan untuk tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi
umur 55 tahun. Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 itu akan diasingkan ke akaun
khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke
Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.
Membina Rumah
Untuk mereka yang ingin membina rumah, mereka boleh membuat
pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Antara syarat utamanya adalah ahli merupakan
warganegara Malaysia, berumur bawah 55 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya
RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah
membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.
Mengerjakan Haji
Pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran wang dari akaun 2
bagi tujuan menunaikan haji untuk ahlinya yang beragama Islam. Syaratnya adalah
perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli
tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang
lebih rendah).
Pengeluaran untuk perubatan
Ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat
pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal
atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan. Ia juga boleh dikeluarkan
untuk tujuan rawatan kesuburan bagi asangan (suami/isteri) yang sah berkahwin
dari segi undang-undang.
Untuk permohonan pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh
dikemukakan secara atas talian (online) di sistem i-Akaun KWSP. Bagaimanapun,
pemohon masih perlu perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman cap ibu jari.
Bagi senarai lengkap berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP
dari Akaun 2 boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Sumber: berikerja.com.my