MI SEGERA merupakan sejenis makanan yang kerap menjadi
pilihan dalam kalangan masyarakat.
Selain mudah untuk disediakan, ia juga hadir dengan
pelbagai jenis perisa dan juga murah pada tanda harga.
Begitupun, mi segera bukanlah pilihan hidangan terbaik
dengan gizi yang lengkap, apatah lagi jika ia diberikan kepada kanak-kanak.
Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Twitternya menghuraikan
10 fakta tentang kenapa ibu dan bapa perlu mengelakkan anak mereka daripada
menjamu mi segera.
10 Fakta Kenapa Jangan Beri Anak Makan Mee Segera
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 30, 2022
1. Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu meningkatkan risiko kanser. pic.twitter.com/iazVUhNRED
1. Risiko kanser
Pek pembukusan mengandungi dioxin dan plasticizer mampu
meningkatkan risiko kanser.
2. Risiko obesiti
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat
Keselamatan Makanan (CFS), 3 cawan mi segera mengandungi 30g lemak atau setiap
paket yang menyebabkan kanak-kanak terdedah risiko obesiti.
3. Penyakit metabolik
Kajian di Universiti Harvard menunjukkan kanak-kanak
yang makan dua pek seminggu berisiko mendapat penyakit metabolik seperti darah
tinggi, kencing manis, strok dan penyakit jantung.
4. Risiko depresi, alahan kulit
Kajian di Korea menunjukkan pengambilan makanan segera
seperti mi segera dikaitkan dengan peningkatan risiko depresi dalam kalangan
remaja perempuan di Korea serta masalah alahan kulit di kalangan golongan
dewasa.
5. Gangguan visual
Pewarna tiruan, contohnya Sunset Yellow FCF dan
Tartrazine, menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan
mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta
kerosakan saraf.
6. Kemerosotan daya ingatan
Kandungan MSG (Monosodium Glutamat) yang merupakan
penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan
daya ingatan dan otak manusia.
7. Kerosakan hati
Mi segera juga disalut dengan ‘lilin’ atau wax semasa
dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur ‘licin’ pada permukaan mi.
Pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati.
8. Bahan dari industri petroleum
Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) merupakan produk
yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan
kesihatan anak.
9. Kerosakan organ
Propylene glycol merupakan sejenis bahan kimia untuk
mengekalkan kelembapan mi dan ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah
pinggang lalu merosakkan organ.
10. Proses penghadaman tidak teratur
Mi menghalang penyerapan nutrien untuk kanak-kanak di
bawah umur 5 tahun. Pengambilan mi segera menyebabkan proses penghadaman yang
tidak teratur dan perut kembung.
Sumber: astroawani