Harimau Malaya perlu menampilkan aksi cemerlang dalam
aksi King’s Cup dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat ini
merupakan satu peluang yang baik bagi mengubah nasih undian balang menjelang
undian Piala Asia hujung tahun ini.
Malaysia dijangka menghadapi ujian sukar sukar dan
berkemungkinan akan diletakkan bersama pasukan terkuat di Asia.
Namun begitu, perkara ini masih boleh diubah seandainya
anak didik Kim Pan-gon mampu menewaskan lawan yang berada pada kedudukan yang
lebih tinggi.
Kejohanan tersebut dijangka akan disertai oleh tuan
rumah, Thailand, Malaysia dan juga gergasi dari Amerika Latin yang dikatakan
Bolivia selain satu pasukan Asia bakal melengkapkan senarai 4 pasukan.
“FAM masih lagi menanti lawan skuad kebangsaan di
Thailand nanti.”
“Ketika ini, kita masih tidak tahu pasukan-pasukan yang
akan bertanding dalam kejohanan itu.”
Malah, FAM juga amat berbesar hati dan menyambut
jemputan dari Thailand ini dengan hati yang terbuka.
“Ap yang dimaklumkan oleh media di negara itu, skuad
negara akan beraksi dalam King’s Cup.”
“Kita juga menyambut baik dan berbesar hati dapat
memenuhi jemputan itu.”
Selain berpeluang buat Pan-gon membuat analisis khas
terhadap prestasi pasukan, ini juga medan untuk melonjakkan peluang undian yang
lebih baik bagi Piala Asia nanti.
“Ini adalah peluang yang sangat baik buat pasukan
negara, selain mempersiapkan pasukan, kita juga boleh mengutip mata ranking
bagi Piala Asia nanti.”
“Kita harap dapat tingkatkan kedudukan dalam balang
agar berpeluang ditempatkan dalam balang lebih tinggi pada undian itu nanti,”
katanya oleh Arena Metro.
Harimau Malaya sudah pun melonjak dengan cukup drastik
sejak diambil alih oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu dan kini berada
pada kedudukan ke-147 dunia.
Sumber: makanbola.com