KUCHING:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa
Malaysia dan Agensi Angkasa China mengesahkan kemasukan semula serpihan roket
Long March 5B milik China ke ruang udara bumi.
Menurut kenyataan MOSTI, serpihan itu dikesan pada
pukul 12. 55 pagi tadi waktu Malaysia di beberapa kawasan sekitar Sarawak.
“Sisa serpihan yang terbakar telah direkodkan jatuh di
sekitar Laut Sulu iaitu antara latitud 9.1 utara dan longitud 119.0 timur,”jelas MOSTI.
Agensi Angkasa Malaysia menerusi kenyataan media semalam
memaklumkan, orang ramai juga diminta supaya tidak mengusik, merosakkan atau
memusnahkan objek yang disyaki daripada kejadian itu.
Orang awam mendakwa serpihan roket jatuh di Sarawak
dari arah barat daya dalam mod orbit mendaki.
Laman Youtube yang melaporkan kejadian itu secara
langsung meminta penduduk Sarawak yang terjumpa sisa berkenaan agar menjauhinya
demi kesihatan kerana terdapat radiasi radioaktif bersama-samanya.
@utusantvofficial Kejadian dikesan berlaku pada 12.55 pagi | 31 JUL 2022. Serpihan dari roket Long March 5B milik China. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ original sound - UtusanTV
Ada yang malah mendakwa tahi bintang atau meteor
kegiatan dengan bunyi dentuman kuat sekitar
jam 12.50 di Petra Jaya malam tadi.
Sebuah portal menyatakan, pengguna media sosial di
negeri ini berkongsi rakaman kejadian itu yang pada mulanya disangkakan
‘kejadian meteor memasuki bumi’.
Antara kawasan yang dapat melihat kejadian itu dengan
jelas termasuklah Bintulu, Mukah, Kuching dan Matang.
Sumber: sarawakvoice.com