Permohonan bantuan untuk Wanita/ Suri Rumah, terima insentif
RM480 Setahun. Golongan Wanita/ suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di
KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan
kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada
ahli keluarga dan pembangunan negara. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP.
Antaranya suri rumah akan menerima insentif sumbangan
sebanyak RM480 yang telah bermula sejak 2019 dan tahun-tahun seterusnya. Selain
itu, bantuan kematian juga disediakan dalam insentif i-Suri sebanyak RM2500.
Anda boleh membuat pendaftaran i-Suri KWSP dengan memuat turun borang
permohonan menerusi laman web rasmi KWSP.
Untuk pengetahuan maklumat berkaitan i-Suri KWSP termasuk
syarat, kelayakan, fedah, cara bayaran dan pendaftaran akan dikongsikan seperti
berikut.
CARA DAFTAR I-SURI KWSP
Pendaftaran boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP
berdekatan dengan tempat anda dengan membawa bersama borang permohonan yang
dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
-
MyKad
-
Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali
Pertama Sahaja)
-
Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pendaftaran i-Suri
KWSP:
-
Warganegara Malaysia
-
Golongan suri rumah yang berdaftar dalam
Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
-
Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau
RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
-
Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
-
Belum mencapai umur 60 tahun.
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM
-
Diri sendiri (isteri)
-
Suami kepada pasangan yang layak
Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih
satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan
Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum
membuat permohonan baru bagi i-suri.
FAEDAH I-SURI KWSP
-
Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40
sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun
-
Menerima dividen tahunan KWSP
-
Bantuan Kematian: RM2500
Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi
syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:
-
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah
berdaftar di dalam E-Kasih: ATAU
-
KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin
atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
-
Belum mencapai umur 60 tahun
Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli
berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
CARA BAYARAN
-
Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
-
Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP
(MBB,PBB,RHB dan BSN)
-
Pindahan wang melalui perbankan internet oleh
bank yang dilantik MBB atau PBB
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan
secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari
sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap
tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya
daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun
Persaraan dan Akaun 2.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Untuk maklumat lanjut berkaitan i-Suri KWSP anda bolehlah
layari laman web https:www.kwsp.gov.my/
Sumber: portalmalaysia.com