Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
hari ini memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam
pada 30 Ogos ini.
Beliau berkata, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajuinya
sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan, di
bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata, di saat negara sedang mengalami kesusahan
seperti banjir besar yang tidak dijangka, pasukan keselamatan seperti Polis
Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas
tanpa lengah dan penuh dedikasi.
"InsyaAllah, kita akan mengumumkan sesuatu yang
menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam pada Majlis Amanat
Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.
@beritakini8 BERKEMUNGKINAN GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN ATAU BONUS AKAN DIBERI, NANTIKAN 30 OGOS INI. #beritakini #beritatiktok #bulitintv3 #fyp #utusanmalaysia #isusemasa #fyp #isusemasa #penjawatawam ♬ original sound - Berita Kini
"Tunggulah saya pun tengah fikir mengenainya,"
katanya ketika berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan
Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
Sumber: Harian Metro