Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan
tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi
meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi
manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan
dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran
bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan
juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang
layak.
Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh
bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran
BKM Tambahan.
KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya
diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
-
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi
rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
atau;
-
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi
rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan?
Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman
khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan
kelayakan BKM Tambahan:
-
Pergi ke laman
https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
-
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
-
Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA
jika betul
-
Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum
ini dan klik Log Masuk
-
Klik semakan status untuk semak status
permohonan
-
Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan
diluluskan atau dipaparkan
Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan
anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi
penerima yang layak:
Fasa 1: 28 Mac 2022
Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan
Ogos 2022)
Fasa 3: September 2022
Fasa 4: Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang
pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747