Berita baik buat mahasiswa yang berasal dari Negeri
Sembilan! Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup
(BSH) dengan tujuan membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan
yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.
Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan bantuan sebanyak
RM100 sebulan diberikan kepada mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan.
Yayasan Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk
menaikkan bantuan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan!
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan
Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan buat mahasiswa.
KADAR KENAIKAN BANTUAN SARA HIDUP MAHASISWA
Seperti diumumkan, Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri
Sembilan akan dinaikkan:
-
daripada RM100 sebulan kepada RM150
Kenaikan ini menjadikan mahasisiwa negeri itu akan mendapat
bantuan:
-
RM1,800 setahun berbanding
-
RM1,200 sebelum ini
Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Negeri
Sembilan, YAB Dato' Seri Aminuddin Harun di Majlis Penyerahan Sumbangan dan
Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan ke-160 di
Pejabat Yayasan Negeri Sembilan.
Bantuan yang akan disalurkan melalui Yayasan Negeri Sembilan
(YNS) itu dinaikkan selepas mengambil kira kenaikan harga barang sehingga
terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja
sehingga ada yang terpaksa berlapar.
PENGUATKUASAAN KADAR BAHARU BSH MAHASISWA
Kenaikan Bantuan Sara Hidup mahasiswa tersebut adalah pada:
-
Mulai September 2022
KELAYAKAN BSH MAHASISWA
Untuk makluman anda, Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri
Sembilan ini ditawarkan kepada mahasiswa yang berkelayakan seperti berikut:
-
Pendapatan ibu bapa/ isi rumah kurang dari RM
4210.00
-
Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke
atas
-
Peringkat Diploma/ ljazah Sarjana Muda/ ljazah
Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK
-
Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan
(05/59/31)
-
Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan
-
Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan Telah
menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil
sekolah rendah dan menengah melalui pejabat Dun
-
Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan
Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan
-
Ibu atau bapa mestilah penerima BSH
-
Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak
menjawab semua ruangan) tidak akan diproses
CARA MEMOHON
Bagi Tahun 2022, Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri
Sembilan perlu dibuat melalui talian terus (online).
Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan
dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila
rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan
oleh pejabat ADUN / DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.
Lengkapkan borang permohonan online di pautan in
Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH) Yayasan Negeri Sembilan
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BSH Mahasiswa 2022 anda
boleh hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06 762 8046 atau emel ke alamat
admin@yns.gov.my. Anda juga boleh terus hadir ke pejabat Yayasan Negeri
Sembilan di alamat berikut:
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan
Jalan Yam Tuan
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Sumber: edubestari.com