Tahukah anda, bermula pada Ogos 2022 terdapat satu bantuan
yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang
permohonan. Bantuan MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful
perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk
golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Skim ini adalah bertujuan untuk membantu memudahkan
kehidupan merteka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan secara
normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan serta penyakit yang dihidap.
Manfaat Bantuan MySalam
Berikut dikongsikan beberapa manfaat yang bakal diterima
oleh para pemohon yang layak memohon bantuan MySalam:
-
Individu pemohon bakal menerima bayaran RM8,000
yang akan diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.
-
Individu pemohon bakal menerima bayaran harian
untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Skim
Perlindungan MySalam bakal diperluaskan kepada para penerima Bantuan Keluarga
Malaysia (BKM) yang layak bermula pada tahun 2022.
Syarat Kelayakan Bantuan MySalam
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan MySalam
yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan:
-
Individu yang berumur antara 18 tahun hingga 65
tahun dan pasangan.
-
Individu yang berumur antara 40 tahun hingga 65
tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
-
Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65
tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.
Cara Menebus Bantuan MySalam
Berikut adalah dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700
MySalam:
-
Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak,
mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
-
Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi
MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
-
Semua para penerima yang layak akan dimaklumkan
menerusi sistem SMS.
-
Tetapi jika anda layak namun tidak menerima
sebarang bentuk SMS, anda boleh menghantar emel di info@mysalam.com.my atau
hubungi terus talian 1-300-888-938
Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut Bantuan MySalam
Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan
anda ataupun keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:
-
Meningitis Bakteria
-
ALzheimer / Demensia Teruk
-
Kanser
-
Pembedahan Otak
-
Koma
-
AIDS Gejala Penuh
-
Serangan Jantung
-
Jangkitan HIV
-
Stroke / Angin Ahmar
-
Serta penyakit-penyakit kritikal yang lain –
boleh rujuk DI SINI
Sumber: ikerajaan.com