Ubon Ratchathani: Skuad badminton negara berpeluang
untuk membolot dua pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita pada
temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 di Thailand yang akan berlangsung
esok.
Peluang itu hadir selepas mereka mengesahkan slot ke
final bertemu Indonesia pada aksi di Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat esok.
Kejayaan itu jelas menggembirakan ketua jurulatihnya,
Datuk Rashid Sidek khususnya selepas anak buahnya mengulangi pencapaian mara ke
final seperti yang dilakukan pada edisi 2018 di Myanmar.
"Untuk perlawanan esok, saya rasa ia bukan satu
tugas mudah untuk menentang Indonesia. Peluang adalah 50-50.
"Apa pun kedua-dua pasukan ini akan memberi aksi
yang terbaik supaya dapat memastikan dua emas berada dalam genggaman
Malaysia," katanya.
Sebagai rekod, skuad lelaki mara ke final apabila
menamatkan saingan kiga sepusingan di tangga kedua dengan menewaskan Singapura
5-0, hari ini.
Kejayaan sama turut dilakar skuad wanita menerusi
kemenangan 5-0 ke atas Singapura.
Pada temasya kali ini, tiga pingat emas disasarkan oleh
kontinjen negara bagi acara badminton.
Sumber: Harian Metro