UBON RATCHATHANI – Pelari pecut muda negara, Muhammad
Azeem Fahmi mencipta sensasi di bumi Colombia apabila memecahkan rekod 100
meter (m) kebangsaan dengan catatan masa menakjubkan 10.09 saat (s).
Azeem, 18, melakukan catatan itu sewaktu menjuarai
saringan lapan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium
Pascual Guerrero, Cali awal pagi tadi.
Ia sekali gus memecahkan rekod 100m kebangsaan, 10.18s
yang dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan sewaktu memenangi Sukan Malaysia
(Sukma) pada 27 Julai 2016.
Lebih menarik, catatan 10.09s itu adalah kedua
terpantas daripada semua lapan saringan berlangsung awal pagi tadi, di belakang
Letsile Tebogo dari Botswana yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan masa
10.00s.
Selepas ini, atlet dari Ipoh, Perak itu akan meneruskan
saingan di peringkat separuh akhir yang akan dijadualkan berlangsung pada pukul
4.40 pagi esok.
Sumber: KOSMO! ONLINE