Adakah Kerajaan Akan Meluluskan Pengeluaran Khas KWSP 2.0?
Timbalan Menteri Kewangan ll, YB Tuan Mohd Shahar Bin
Abdullah pada Isnin kemarin menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan
bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0.
Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk
kerajaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan
sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerajaan
pertimbangkan pada masa sekarang.
"Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang Kerajaan
akan gunakan untuk pastikan KWSP menjadi insurans pada mereka yang
bekerja."
Dan paling penting katanya, Kerajaan sekarang sedang teliti
menangani masalah bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum
diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu bukan saja
sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan
celik kewangan rakyat Malaysia dapat Kerajaan optimumkan sebaiknya.
Sumber: Hirwan AB