Berita baik untuk pencarum KWSP dimana pihak kerajaan
akhirnya bersetuju akan pertimbangkan pengeluaran Khas KWSP 2.0 dalam masa
terdekat.
Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan
Kewangan II, YB Tuan Mohd Shadar Bin Abdullah ketika berucap di dalam Dewan
Rakyat baru-baru ini.
Namun, ingin di ingatkan kepada anda, sekiranya pengeluaran
khas tersebut tidak dapat diluluskan, anda masih boleh lagi membuat pengeluaran
atas tujuan tertentu.
SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2
Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak
KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.
Buat masa ini, tiada sambutan / lanjutan untuk pengeluaran
Khas 10k. Akan tetapi, ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan mereka tertakluk
melalui Skim Pengeluaran KWSP.
SKIM PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP
Malah, pihak KWSP juga telah menyediakan beberapa skim
pengeluaran yang dibenarkan tetapi mengikut syarat dan kelayakan pencarum
sahaja. Ini bermaksud, pengeluaran tersebut tidaklah lagi terbuka sebagaimana
Pengeluaran Khas.
KATEGORI YANG DIBENARKAN MEMBUAT PENGELUARAN
Malah, anda memerlukan wang KWSP anda khususnya pada akaun
2, anda boleh dapat sekiranya menepati syarat dan kelayakan anda.Macam-macam
jenis kategori yang telah dibenarkan membuat pengeluaran wang KWSP secara
bersyarat, ini adalah empat kategori yang umum perlu tahu.
1) PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH
Sekiranya anda berminat untuk memiliki sebuah rumah idaman,
malah, pihak KWSP memberi kemudahan kepada pencarum untuk memiliki rumah
pertama sama ada melalui.
-
pembelian rumah lelong
-
rumah subsale
-
pembelian Rumah Mesra Rakyat
-
pembinaan rumah sendiri
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah
2) PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
Sekiranya anak anda masih belajar di universiti dan juga kolej, anda mampu menampung pembayaran yuran mereka menggunakan wang Akaun 2 KWSP sekiranya jika ada PTPTN tidak mencukupi dan lain-lain.
3) PEMBAYARAN IBADAH HAJI
Para bakal haji, boleh juga mengeluarkan wang simpanan pada
Akaun dua untuk mengurangkan belanja atau bebanan kos. Anda juga pasti boleh mengeluarkan wang
tersebut melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji
dengan Lembaga Tabung Haji.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji
4) PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN
Sekiranya anda menghidapi 36 penyakit kritikal, anda turut
boleh mengeluarkan wang Akaun 2 untuk menampung kos perubatan atau alat-alat
kesihatan seperti ubat atau lain-lain.
Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan
Sumber: rujukanonline.com