13 jenis pengeluaran KWSP dibenarkan, walaupun usia
masih muda. Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan. Ramai yang tak tahu
ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.
Jenis Pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan walau pun
usia kita masih muda dan belum memasuk usia 50 tahun. Selain dari pengeluaran
wang RM10,000 ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh
pencarum KWSP.
Jenis Pengeluaran KWSP
namun selain itu ada 14 Jenis Pengeluaran KWSP untuk
kemudahan pencarum mengeluarkan wang sebelum mencapai umur 50 tahun. Antaranya
adalah :
1. Pengeluaran Mengurang/ Menyelesaikan
Baki Pinjaman Perumahan
Individu; Jenis Pengeluaran KWSP simpanan Akaun 2 untuk
mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada
institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara
individu atau bersama Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat
(suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat,
anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu
suami / isteri)
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU
Bukan Warganegara
-
Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada
tarikh permohonan
-
Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
(minimum RM 500.00)
2. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:
-
Warganegara Malaysia yang telah
melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain
ATAU
-
Bukan warganegara Malaysia yang telah
berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia
Kelayakan Memohon:
-
Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
(PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU
-
Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/
Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal;
DAN
-
Masih mempunyai simpanan dalam akaun
KWSP
3. Pengeluaran Hilang Upaya
Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli
mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi
fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk
memperolehi pekerjaan (employability)
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU
Bukan Warganegara;
-
Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada
tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
-
Ahli masih mempunyai simpanan dalam
Akaun KWSP; DANAhli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat
4. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan
Pengeluaran Pesara Pilihan
Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan
diberi taraf pekerja berpencen:
-
Jenis Pengeluaran KWSP Kesemua Simpanan
Bahagian Pekerja
-
Bahagian Majikan Kerajaan Akan
Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)
Kelayakan Memohon:
-
Pekerja dalam sektor awam dan mencarum
sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU
-
Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan
Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA
5. Pengeluaran Pendidikan
Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli
(termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di
dalam atau di luar negara.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU
bukan Warganegara Malaysia.
-
Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh
permohonan.
-
Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
6. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Jenis Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan
simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli
memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila
bersara.
Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini
membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat
perlindungan apabila bersara.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU
Bukan Warganegara
-
Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada
tarikh permohonan
-
Ahli masih mempunyai simpanan dalam
Akaun 2 (minimum RM 500.00)
7. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian
simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan
simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30%
daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi
Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah
terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional
Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.
Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan
untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.
Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan Jenis
Pengeluaran KWSP mereka untuk diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang
secara mandat persendirian.
8. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman
Perumahan
Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran
bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau
pembinaan rumah.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada
tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54
tahun 6 bulan; DAN
-
Ahli mempunyai simpanan
sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2
Ahli yang layak memohon adalah:
i. Warganegara Malaysia; ATAU
ii. Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf
Penduduk Tetap (PR)
9. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi
RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri
oleh ahli.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU
bukan Warganegara Malaysia.
-
Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada
tarikh permohonan
-
Ahli mempunyai simpanan tidak kurang
daripada RM1.05 juta
10. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi /
pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli
KWSP.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU
bukan Warganegara Malaysia.
11. Pengeluaran Haji
Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas
mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya,
untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan
ahli.
12. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses
menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun
Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman
perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
13. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan
simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan /
atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP
yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon:
-
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU
Bukan Warganegara
-
Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada
tarikh permohonan
-
Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Sumber: watandaily.com