Kuala
Lumpur: YouTuber yang mencetuskan kontroversi selepas berkongsi kandungan media
sosial dengan menarik tudung wanita Islam didakwa di Mahkamah Majistret di
sini, semalam
Ketua Polis
Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 24
tahun itu sebelum ini ditahan pada 7.30 malam kelmarin, susulan laporan
diterima pihaknya.
Katanya,
laporan berkait klip video daripada YouTube yang tular, menunjukkan tudung dua
wanita Islam ditarik, hingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.
"Kertas
siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan
Kecil 1955 (Akta 336).
"Namun
suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan
dihukum denda," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari
menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran
video yang mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran
masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.
Terdahulu,
pemuda yang juga YouTuber dikenali Nick memohon maaf atas keterlanjurannya
memuat naik video 'prank' tarik tudung dua wanita di saluran YouTubenya.
Permohonan
maaf itu dibuat menerusi video terbaru yang dimuat naik di salurannya, tidak
lama selepas kontroversi itu kelmarin.
Sekalipun
sudah menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen terus melemparkan kecaman
terhadap Nick dan menganggapnya biadap kerana tidak menghormati wanita
Muslimah.
Sumber:
hmetro