Berikutan
ramai di antara rakyat yang mahukan kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran
KWSP 2.0, akhir nya ada pihak yang mengambil tindakan yang dilihat sedikit
sebanyak dapat menjadikan pengeluaran KWSP 2.0 menjadi lebih realistik.
Merikutan
harga barang yang meningkat mendadak menjadikan ramai rakyat yang bersetuju
untuk kerajaan mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP 2.0
Oleh itu,
seorang penguna Facebook yang bernama Azmie Bugis telah mengambil satu
inisiatif yang baik untuk membolehkan kerajaan memperhalusi lagi keluhan rakyat
yang mahukan pengeluaran khas ini di teruskan.
DAFTAR I-AKAUN KWSP
Daftar i-akaun kwsp terlebih dahulu sebelum semak baki
dalam akaun simpanan KWSP anda.
Berikut adalah langkah mendaftar i-Akaun.
1. DAPATKAN KOD PENGAKTIFAN
Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, anda perlu
pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan
dengan menggunakan MyKad.
Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau
Kod Pengaktifan untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!
2. LOGIN DI LAMAN WEB RASMI KWSP
Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my
seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli)
>> Pengaktifan i-Akaun’.
Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di
kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya.
Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah
minta kod yang baru.
Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.
3. TUKAR ID & KATA LALUAN
Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan
anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login
dengan mudah pada masa akan datang.
Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk
pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula
dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.
SEMAK BAKI KWSP / PENYATA ONLINE
Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak
penyata KWSP secara online.
CARA SEMAK BAKI KWSP TERKINI &
DIVIDEN
Untuk membuat semakan baki KWSP online pula lihat
panduan di bawah.
-
Login ke i-Akaun KWSP :
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
-
Pergi ke menu Account
-
Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun
Sebelumnya’
-
Klik View Details
-
Maklumat akaun akan dipaparkan seperti
di bawah.
Boleh juga print terus untuk kegunaan permohonan
pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur
panjang lagi.
Semakan dividen KWSP online
Jika selesai sahaja membuat semakan baki akaun kwsp,
anda juga boleh semak dividen kwsp
secara online seperti yang kami sediakan panduan di bawah ini.
Log masuk ke i-Akaun KWSP
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, pergi ke menu Dividend dan klik
View Details
Maklumat bayaran dividen akan dipaparkan seperti di
bawah.
Permohonan Pengeluaran
Kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan
dan mengemaskini maklumat dengan mudah.
Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak
penyata akaun KWSP saja.
Contohnya, KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan
Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah,
mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman
perumahan. Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan
seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.
Jika kita lihat pada laman web KWSP, antara kemudahan
i-Akaun KWSP yang disediakan adalah :
1.
Memohon e-Pengeluaran
2.
Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan
tahun sebelumnya
3.
Menyemak status permohonan pengeluaran
dan sejarah pengeluaran
4.
Menyemak maklumat penamaan
5.
Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran,
simpanan dan pelaburan
6.
Mengemaskini profil termasuk alamat
surat-menyurat
7.
Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
8.
Menyemak log aktiviti i-Akaun
Jadi, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan
KWSP. Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP,
dan tak payah nak beratur panjang di kaunter. Semuanya kita boleh buat sendiri
di rumah secara online je kan?
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun
klik pautan : http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau
boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000
Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan
tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja. Myinfokerja tidak ada kaitan
dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua
rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.