Kongres
Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan
melaksanakan pembayaran tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) kepada penjawat awam.
Presidennya,
Datuk Adnan Mat berkata, kerajaan sudah lama meluluskan perkara itu namun sehingga
kini belum ada penjawat awam menikmati kemudahan tersebut.
Menurutnya,
walaupun pekeliling mengenai perkara itu telah dikuatkuasakan bermula Januari
lalu namun ia masih tidak dilaksanakan.
“CUEPACS
merasakan kerajaan tidak melaksanakan apa yang telah dijanjikan walaupun sudah
diluluskan tetapi belum dapat dilaksanakan.
“Ia
cuma sekadar isi borang tetapi penjawat awam tidak dapat lagi wang tunai yang
dijanjikan kerana sehingga hari ini, belum ada ahli kita menikmati kemudahan
itu.
“Kerajaan
sudah meluluskan kemudahan itu tetapi pelaksanaanya amat lemah, jadi kita mohon
supaya ada tindakan segera mengenainya dibuat,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada program Perhimpunan Penjawat
Awam dan Taklimat Isu Semasa Bersama Presiden CUEPACS di Dewan Canselori UTeM
di sini.
Perhimpunan
dihadiri kira-kira 700 orang penjawat awam dari pelbagai sektor perkhidmatan
seluruh negeri.
Kerajaan
pada pembentangan Belanjawan 2022 lalu bersetuju membenarkan pemberian awal
award wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai Januari.
Sehubungan
itu kata Adnan, kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan
jawatankuasa pemantau untuk memastikan pekeliling itu yang telah diedarkan ke
setiap jabatan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan.
“Melalui
maklum balas yang kita terima daripada ahli CUEPACS mengatakan pelaksanaanya
setakat mengisi borang sahaja walhal kelulusan mengenainya sudah lama dibuat.
“Jadi
kita harap pihak pemantau ini dapat ditubuhkan dan penjawat awam dapat
menikmati kemudahan yang diharapkan.
“Ini
kerana kebanyakan penjawat awam yang memohon GCR ini dari kalangan mereka
berusia 45 tahun ke atas yang mana banyak keperluan mendesak,” katanya.
Jawatankuasa
pemantau itu juga, kata beliau, turut berperanan memantau pelaksanaan semua
perkara dasar yang sudah dipersetujui oleh kerajaan sekali gus memastikan
setiap penjawat dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan.
Sumber:
melakahariini