KUALA LUMPUR
– Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dikerahkan bersama Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk
menggempur kilang-kilang pembungkusan sehingga ke sempadan negara untuk
memastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan.
Perdana
Menteri berkata, langkah ini demi memastikan peruntukan subsidi minyak masak
sebanyak RM4 bilion yang disalurkan pada tahun ini untuk mengurangkan beban
Keluarga Malaysia tidak tiris dalam setiap peringkat rantaian serta sampai
kepada pengguna.
Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob berkata, perangkaan semasa menunjukkan edaran minyak masak
paket bersubsidi di dalam negara berjumlah 60,000 metrik tan sebulan adalah
melebihi daripada penggunaan isi rumah dalam negara
“Kerajaan
akan melaksanakan tindakan tegas termasuk membatalkan kuota dan lesen yang
telah diberikan kepada pengilang dan pembungkus juga aan diambil dalam usaha
menangani ketirisan pengedaran minyak masak bersubsidi,” katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL).
Mesyuarat
itu telah membuat keputusan akan melaksanakan operasi pengauditan dan pemutihan
secara komprehensif, meliputi 22 pengeluar dan 305 premis pembungkusan semula
minyak masak paket yang beroperasi di seluruh negara
Mesyuarat
telah dihadiri oleh beberapa Menteri Kabinet serta wakil dari Jabatan
Perangkaan Malaysia (DOSM), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER),
Institut
Penyelidikan Khazanah (KRI), Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Gabungan Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA).
Sebanyak
lima kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat ini oleh tiga Kementerian iaitu
dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta DOSM.
Mesyuarat
juga bersetuju sekuriti makanan dijadikan keutamaan dalam konteks Keselamatan
Dalam Negeri bagi mengatasi masalah ini yang menyebabkan
peningkatan
kos sara hidup Keluarga Malaysia.
Dalam masa
sama, katanya, kerajaan akan memperhebat Program Jualan Keluarga Malaysia
(PJKM) pada sepanjang masa dengan jualan barangan keperluan asas
pada harga
yang lebih murah.
PJKM akan
melibatkan kerjasama strategik bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan serta diperluas ke institusi pengajian
tinggi di seluruh negara.
Program yang
akan diterajui bersama oleh KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan, Kementerian Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah
Persekutuan ini turut dilaksanakan dalam konsep bergerak.
Ismail Sabri
menambah, kerajaan akan turut memperkenalkan Menu Keluarga Malaysia di
restoran-restoran koperasi dan kafeteria serta premis jualan makanan di
institusi-institusi pengajian tinggi sebagai alternatif bagi mendapatkan
hidangan pagi, tengah hari dan malam pada harga yang berpatutan.
”Kerajaan
sentiasa mendengar keluhan Keluarga Malaysia dan berusaha untuk memastikan
cabaran kos sara hidup dapat dihadapi dengan sebaik mungkin,” ujar beliau.
Sumber:
MalaysiaGazette