Polis
Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan iklan promosi tawaran pengurangan
saman hingga 20 Julai yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp adalah palsu.
Setiausaha
Polis Malaysia (SUPM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, iklan itu yang
mempromosikan tawaran 50 peratus diskaun saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) turut memaparkan nombor individu yang boleh dihubungi bagi
mendapatkan diskaun tersebut.
"Siasatan
sedang dijalankan bagi mengesan individu yang bertanggungjawab dalam
menyebarkan berita dan iklan palsu berkenaan.
"Orang
ramai yang menerima iklan promosi tersebut diminta tidak terpengaruh atau
berhubung dengan penama yang dinyatakan," katanya dalam kenyataan hari
ini.
Beliau
turut menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan berita terutama
mengenai tawaran pengurangan saman melalui saluran media rasmi PDRM bagi
mengelak menjadi mangsa penipuan.
Sumber:
BERNAMA