Tarik Semula Lesen Pemilik Bengkel
Pemilik bengkel yang dikenal pasti menjalankan khidmat
mengubah suai motosikal melebihi modifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) perlu ditarik semula lesen perniagaan mereka.
Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Madya Dr Law
Teik Hua berkata, modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian
kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan atau pemasangan aksesori yang
tidak mengubah identiti dan tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan.
Menurutnya, Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas
menyatakan mana-mana individu tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan sama ada
motosikal atau kereta termasuk kenderaan komersial melebihi modifikasi yang
ditetapkan.
“Penguat kuasa mesti ambil tindakan serta-merta dan
beri hukuman paling berat kepada pemilik, termasuk menarik semula lesen
perniagaan.
“Jika sudah dapat bukti bahawa pemilik bengkel ubah
suai motosikal sehingga tidak diterima oleh JPJ, ia sudah menjadi bukti kukuh
untuk mereka diambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengakui kegiatan pengubahsuaian berlebihan itu
sukar dikesan penguat kuasa berikutan lokasi premis kebiasaannya adalah di
kawasan tersorok.
“Tapi masalahnya mereka (pemilik bengkel) buat (ubah
suai) secara senyap-senyap. Jadi di mana kita nak cari lokasi mereka?” soalnya.
Ujar beliau, permintaan yang tinggi untuk mengubah suai
dan meningkatkan kelajuan motosikal bagi tujuan lumba haram menyebabkan pemilik
bengkel akan terus menjalankan perniagaan meskipun sedar ia menyalahi peraturan
jalan raya.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
“Kena ingat, tidak ada permintaan maknanya tidak ada
penawaran. Sekarang ada permintaan yang tinggi, jadi pemilik bengkel ini tidak
akan berhenti.
“Persoalannya, bagaimana kita nak hentikan permintaan
itu?
“Ramai kata polis kena buat kerja, tapi ada kalanya
kita pun kasihan dengan polis kerana sebenarnya agak sukar untuk mat rempit
dimasukkan ke penjara, melainkan mereka menyebabkan kemalangan yang membawa
kematian,” jelasnya.
Sumber: sinarharian
0 Response to "Tarik Semula Lesen Pemilik Bengkel"