Syamsul
Yusof pesan kepada staff tengok keadaan ayahnya. Syamsul Yusof kini amat
gembira setelah filem Mat Kilau dis4hkan sebagai filem tempatan paling
cemerlang dalam sejarah penfileman tanah air. Mat Kilau telah berjaya menjadi
filem nombor satu sepanjang zaman setelah mengutip lebih 50juta dalam masa dua
minggu.
Kejayaan
ini bertambah manis apabila Syamsul berkata, ianya turut diterima oleh ayahnya
iaitu producer Datuk Yusof Haslam.
Kata
Syamsul, sejak masuk ke dunia seni pada umur 18 tahun, memang ayahnya merupakan
orang paling banyak memberi komen kepadanya.
“Ayah
saya biasalah, dia memang pengkrtik saya yang pertama, nombor satu. Sebelum
ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya pun ialah
Munaf1k sekuel, yang nombor dua. Tetapi, saya tahu juga.”
“Kini
selepas dia dah tonton filem Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang
paling dia sukai. Ianya dihasilkan oleh saya. Kata staff saya, ayah tengok dan
lepas itu dia hanya diam saja.”
“Selalunya,
masa ayah preview filem saya, memang saya akan cabut lari dulu sebelum dia
komen apa-apa. Tapi, saya akan beritahu staff saya untuk tolong tengokkan
ayah.”
“Kata
staff, ayah saya cakap dia tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem
Bukit Kepong lakonannya. Oleh itu saya amat hargainya.”
“Memang
semasa saya buat filem Mat Kilau ini, saya nak tunjuk kat ayah saya, ayah
tengok ini.”
“Saya
tahu, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau ni. Namun saya hanya akan
tahu hal itu dari rakan. Ada jugalah dia cakap sikit kat saya, dia cakap okey
bagus-bagus, itu sajalah.”
Syamsul
aku1 bahawa ayahnya memang agak ker4s dengannya, apatah lagi sebagai anak
sulung.
“Ayah
saya sifatnya memang ker4s. Dan dia pun agak ker4s dengan saya. Mungkin, sebab
saya ni anak pertama dia. Tetapi dengan adik saya, dia ada berlembut sikit.”
“Apapun
keteg4san dia yang buat saya dis1plin buat filem seperti ini. Memang benar,
ayah merupakan influence saya.”
Selain
Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof juga menyukai cara pengarahan director
seperti Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, dan juga Erma
Fatima.
Sumber:
gemilangdaily