Anda sedang mencari kerja? Jika ya, anda layak menerima
Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO!
Jika anda sedang aktif mencari pekerjaan, rebut peluang ini untuk
mendapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun
Persediaan Bekerja (EPB).
Bagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan
sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk
mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima
insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan
Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah mendapat
pekerjaan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun Mencari
Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) dan cara membuat permohonan
bagi program ini.
Apakah Elaun Mencari Pekerjaan + (SIP EMP+ PERKESO)?
Secara umumnya, terdapat 2 kategori Elaun Mencari Pekerjaan
yang boleh dimohon oleh pencari kerja, iaitu:
Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian
Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum
ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah
berakhir pada 31 Disember 2021.
SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan
diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu,
lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal
yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan
kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.
Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi
insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang
layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah
kembali bekerja.
Bantuan / Insentif Yang Ditawarkan
-
Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk
menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3
bulan.
-
Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan
sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4
bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.
-
Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat
pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka
bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.
-
Sekiranya individu itu mendapat kelulusan
pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022,
individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana
penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti
pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.
Syarat Kelayakan Menerima Elaun Mencari Pekerjaan
-
Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif
mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.
-
Individu yang berumur 18 tahun dan tidak
melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
-
Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs
-
Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali
sebulan
-
Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs
Tarikh Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP EMP+
Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember
2022.
Cara Permohonan
Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin
PERKESO melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau AppStore
bagi pengguna peranti iOS.
NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat
rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai
Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.
MAKLUMAT LANJUT & SOALAN LAZIM
Untuk info selanjutnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam
lampiran di bawah atau rujuk info di pautan
https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/utama/
BAJET-2022-EMP-BUKAN-PENCARUM-FAQDownload
Muat Turun Aplikasi PRIHATIN PERKESO
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.
Sila muat turun melalui :
-
Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US
-
Apple App Store:
https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000
atau e-mel ke myfuturejobs@perkeso.gov.my
Pendaftaran MYFutureJobs
Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs
PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.
Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:
-
mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran
diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
-
Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan
butang ‘Jobseeker Sign In’
-
Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna
kali pertama
-
Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta
butiran-butiran yang diperlukan
-
Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan
mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
-
Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan
anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
-
Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA
KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini: https://eisjobs.perkeso.gov.my/