Cara Mohon
Bantuan Modal bisnes untuk bantuan perniagaan kerajaan 2022 melalui Inisiatif
Niaga untuk usahawan kecil dan serdahana.
Senarai
Bantuan Modal Perniagaan
1.Bantuan
Peralatan Perniagaan RM10,000 MAIM
Bantuan
Peralatan Perniagaan MAIM khas untuk Asnaf, Fakir & Miskin
Jumlah
bantuan ini adalah dari RM500 hingga RM10,000 disediakan untuk pemohon yang
layak.
2.Skim
Pembiayaan Perniagaan DanaNita
DanaNITA
ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi
tujuan mengembangkan perniagaan.
Bagi pemohon
yang layak bagi DanaNita ini bakal menerima pembiayaan perniagaan sebanyak
sehingga RM50,000.
3.Pembiayaan
Niaga Darul Ehsan (NaDI)
Skim
Pembiayaan Niaga Darul Ehsan atau NaDI telah dibuka.
Jumlah had
minima pembiayaan RM1000 dan maksima sehingga RM5,000.
4.Program
Khas Perniagaan Francais Wanita Program SWEET
Program
Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program (SWEET) di bawah
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).
Jumlah
pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000 yang berasaskan konsep
kewangan Islam iaitu Tawarruq.
5.Modal
Perniagaan RM20,000 Untuk 1000 Usahawan
Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntuk geran sehingga RM20,000 untuk
membantu 1,000 usahawan muda di ibu kota memulakan perniagaan.
6.Program
Pembiayaan Mikro Untuk Perniagaan Anda
Program
Pembiayaan Mikro Untuk Penjaja dan Peniaga Kecil.
Tujuan
pembiayaan adalah pemulihan perniagaan seperti modal pusingan, pembelian
peralatan atau perkakasan, bayaran gaji, bayaran sewa, bil utiliti dan
lain-lain.
7.Bantuan
Perniagaan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kementerian
Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). JKM ada menyediakan Bantuan Geran
Pelancaran (GP) untuk kumpulan sasar JKM memulakan perniagaan kecil-kecilan
dengan bantuan tunai selain bantuan daripara Kerajaan melalui Bantuan
Perniagaan Mara.
Sumber: portalmalaysia