“Selama Ni Kita Potong Salah..” Cara Tepat Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah Guna
Biasanya, kita perlu menyerahkan salinan MyKad kepada
pihak-pihak tertentu seperti pihak bank, majikan dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, tindakan memberikan salinan kad pengenalan kita kepada pihak
ketiga seolah-olah membuka pintu untuk melakukan tirisan terhadap maklumat
peribadi..
Oleh itu terdapat beberapa bahagian pada kad pengenalan
(MyKad, MyKid, MyPr dan MyKAS) yang wajar diletakkan palang sebelum menyerahkan
salinan kepada pihak ketiga.
Pertama, nombor kad pengenalan merupakan satu maklumat
peribadi bagi setiap rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, nombor
identifikasi ini bersifat unik dan tidak boleh dimiliki oleh dua orang pada
masa yang sama.
Dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan, kita
boleh mengetahui beberapa maklumat sulit
seperti julat pendapatan isi rumah, maklumat pengundi dan lain-lain.
Jika maklumat ini jatuh di tangan manusia yang tidak
bertanggungjawab, maklumat ini boleh dijual, dimanipulasi mahupun ada sindiket
yang menggunakan data peribadi kita untuk tujuan penyamaran.
Cara yang tepat ini telah dinyatakan oleh Dr Mohd Razip
bin Jantan, Penolong Persuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi. Beliau
mengatakan bahawa bahagian yang wajar diletakkan palang adalah bahagian yang
mengandingi maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, empat digit terakhir pada
nombor kad pengenalan anda.
Selain itu, beliau turut menekankan agar bahagian muka
pada kad pengenalan juga perlu diletakkan palang. Perkara ini menjadi satu
kejutan kerana selama ini kita tidak pernah debritahu untuk berbuat demikian.
Dr. Mohd Razip bin Jantan menerangkan justifikasi untuk
meletakkan palang pada muka ini adalah untuk mengelakkan wajah pemilik kad
pengenalan tersebut untuk dimanipulasi oleh pihak penjual kad pengenalan
tiruan.
Menurut beliau lagi, semakin banyak kes maklumat
pemilik kad pengenalan ditiris dan ditokok tambah oleh penjual kad pengenalan
palsu untuk dijual kepada pembelinya.
@faizalsj #politikmalaysia #menterimalaysia #pru15 ♬ original sound - faizalsj
Sumber: TikTok, siakapkeli
0 Response to "“Selama Ni Kita Potong Salah..” Cara Tepat Letak ‘Palang’ Pada Kad MyKad Elak Disalah Guna"