Desas
desus mengenai pengeluaran Khas 2.0 KWSP mula memenuhi segenap ruang
perbicaraan netizen. Pelbagai petisyen dibuka untuk menggesa KWSP
memperkenalkan Pengeluaran Khas 2.0.
Kementerian
Kewangan juga tidak memberikan sebarang pengumuman mengenai hal ini, sama ada
ianya akan dilaksanakan ataupun tidak.
Respon
KWSP Mengenai pengeluaran Khas 2.0
Namun,
berikut adalah komen yang diambil dari laman web Facebook rasmi KWSP yang mana
respon mengenai pengeluaran khas 2.0.
Setakat
ini, tiada sambungan/lanjutan untuk Pengeluaran Khas 10k. Anda boleh
mengeluarkan simpanan KWSP tertakluk kepada Skim Pengeluaran yang disediakan.
Untuk info lanjut berhubung Skim Pengeluaran KWSP yang terkini, klik
https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals.
Antara
komen lain daripada KWSP adalah;
Hi
! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 akan dilaksanakan. Terima kasih.
Alternatif
Pengeluaran Khas 2.0
KWSP
turut berkongsi kegunaan pengeluaran yang boleh digunakan dengan akaun 2 KWSP.
KWSP
tiada menyediakan pengeluaran untuk tujuan mengubahsuai, membaiki atau membuat
kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada. KWSP hanya membenarkan ahli
mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan
membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan
dan ansuran bulanan pinjaman perumahan sahaja.
Dalam
pada itu, antara produk yang baru dilancarkan oleh KWSP adalah i-Lindung. Di
mana para pemohon boleh menggunakan akaun 2 untuk mendaaptkan pakej
perlindungan takaful/insurans.
Sumber:
portalsemakan.com