Kos sara
hidup yang kian meningkat di sumbang oleh kenaikan harga barang. Apakah punca
utamanya?
Adakah
dengan pemberian bantuan wang tunai One-off Rm50 Rm100 Rm2000 dapat membantu
semua rakyat Malaysia?
Melihat
keluahan penguna Facebook yang bernama Rasid Abu Bakar, menurutnya "Aku
tak nak bantuan RM200, RM300, RM500 atau RM2000 berapa pun aku tak nak"
Aku nak:
1) Kerja
dengan Gaji bermaruah.
2) Kos sara
hidup berpatutan.
3) Sistem
pendidikan berkualiti.
4) Sistem
Kesihatan berkualiti.
5) Harga
rumah berpatutan.
@andy_1302 Ko sara hidup semakin tinggi #kossarahiduptinggi ♬ original sound - bigboss
Sementara
itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader,
berkata penghapusan subsidi tepat pada masanya, kerana bantuan diberikan itu
sepatutnya dinikmati golongan sasar, bukannya golongan kaya.
Jelas
Mohideen, punca utama masalah kenaikan harga barangan bukan disebabkan tindakan
kerajaan menarik subsidi barangan asas, sebaliknya faktor kebergantungan
kerajaan kepada barangan import.
“Sebagai
contoh ayam, ada dua masalah, kita tak keluarkan anak ayam baka dan makanan untuk
ayam, tu (itu) sebahagian besar dan semua kita import dari luar. Akibatnya bila
timbul krisis di luar, rantaian perdagangan terjejas, kita hadapi masalah.
“Selesaikan
masalah dasar ekonomi, selesaikan kebergantungan makanan import, macam beras
kita import 30%, daging lebih 80% dan makanan ayam kita import dari luar, itu
punca masalah. Lebih baik tumpu punca masalah. Ambil tindakan kebergantungan,”
katanya.