Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai
kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan
kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua
isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang..
Untuk pengetahuan, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Siapakah yang bakal menerima bayaran BKM Tambahan dan
bilakah tarikh bayaran BKM Tambahan?
Kadar Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya
diberikan kepada penerima isi rumah berikut :
-
Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi
rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
atau;
-
Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi
rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Semakan Kelayakan BKM Tambahan
Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan?
Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman
khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan
kelayakan BKM Tambahan :
-
Layari laman web
https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
-
Masukkan nombor kad pengenalan dan klik ‘SEMAK’.
-
Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA
jika betul.
-
Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum
ini dan klik Log Masuk.
-
Klik semakan status untuk semak status
permohonan.
-
Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan
diluluskan atau dipaparkan.
Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan
anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
Tarikh Bayaran BKM Tambahan
Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi
penerima yang layak :
-
Fasa 1: 28 Mac 2022
-
Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan
sehingga bulan Julai 2022)
-
Fasa 3: September 2022
-
Fasa 4: Disember 2022
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang
pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747
Sumber: portalinfo.my