Bagi
menghargai peminjam yang komited membayar balik pinjaman mereka, Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menganjurkan Peraduan JomPAY and Win!
2022 dengan tawaran hadiah bernilai RM61,000 untuk 25 pemenang.
Program
itu diadakan dengan kerjasama Ambank (M) Bhd dan Payments Network Malaysia
(PayNet).
Ketua
Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata kempen itu terbuka kepada
semua peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui JomPAY.
Katanya,
peminjam hanya perlu membuat bayaran balik serendah RM100 dalam tempoh kempen
itu berlangsung untuk mendapatkan satu cabutan dan penyertaan secara automatik.
"Promosi
ini berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Julai hingga 30 September tahun
ini.
"Hadiah
keseluruhan adalah sebanyak RM61,000 untuk 25 pemenang bersempena Sambutan
Jubli Perak 25 Tahun PTPTN.
"Pemenang
utama berpeluang memenangi hadiah RM25,000, manakala tempat kedua RM15,000 dan
tempat ketiga RM10,000. Hadiah sagu hati turut disediakan kepada 22 pemenang
dengan setiap mereka akan menerima RM500," katanya dalam kenyataan hari
ini.
Beliau
berkata, kolaborasi itu juga untuk memastikan peminjam PTPTN dapat membuat
bayaran balik dengan cepat, mudah dan selamat secara dalam talian serta
menggalakkan peminjam membuat bayaran balik.
"Kemudahan
saluran dalam talian ini selaras dengan Teras Strategik ke-5 Pelan Strategik
PTPTN 2021-2025 iaitu memperkasa organisasi ke arah lebih dinamik dan cemerlang
melalui pendigitalan bagi memastikan perkhidmatan kepada pelanggan sentiasa
berada di tahap terbaik.
"Kerjasama
PTPTN dan Ambank bermula sejak 2017 sebagai usaha menarik minat pelanggan
melakukan transaksi pembayaran melalui saluran dalam talian JomPAY tanpa
sebarang kos.
"Usaha
ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada
pelanggan PTPTN," katanya.
JomPAY
adalah perkhidmatan pembayaran bil dalam talian terbesar di Malaysia yang
menawarkan kemudahan perkhidmatan pembayaran kepada pelanggan melalui mana-mana
bank di Malaysia.
Peraduan
JomPAY and Win! 2022 adalah penganjuran kali ketiga oleh PTPTN bersama Ambank
dan PayNet sejak diperkenalkan pada 2020.
Maklumat
lanjut boleh melayari portal rasmi www.ptptn.gov.my dan muat turun aplikasi
myPTPTN.
Sumber:
bharian