PERODUA
mengakui pihaknya masih dibelenggu beberapa isu yang menyebabkan gangguan
pengeluaran hingga pelanggan terpaksa menunggu lama menerima kenderaan
masing-masing.
Perkara
itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin
Ahmad yang berkata, faktor itu membabitkan tenaga kerja mahir dan kekurangan
alat ganti.
Beliau
juga memohon pelanggan dapat memahami situasi tersebut. Menurutnya;
Kami
ingin memohon maaf kerana para pelanggan kami terpaksa menunggu lama menerima
kenderaan mereka dan kami sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi
pengeluaran.”
Sebagai
langkah mengatasi masalahan itu, Zainal Abidin berkata Perodua kini sedang
bekerjasama dengan kumpulan pembekal dalam kes tertentu, dan turut menyediakan
kakitangan untuk bekerja di premis pembekal supaya bekalan alat ganti terus
diperoleh berterusan.
Beliau
berkata lagi;
Kami
berharap isu tenaga kerja ini dapat diselesaikan segera kerana impak terhadap
industri dan negara secara amnya.”
Perodua
masih mengadakan komunikasi berterusan dengan pihak pembekal dan rakan kongsi
untuk mencari komponen alternatif. Walaupun terpalit dua isu itu, Perodua masih
mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini iaitu 247,800 unit kenderaan.
Sumber:
pandulaju