Pada tahun 2022, terdapat pelbagai bantuan telah dilancarkan
bagi membantu rakyat yang memerlukan. Tahukah anda? Pihak Kementerian
Pembangunan Luar Bandar telahpun memperkenalkan Program Perumahan Rakyat
Termiskin atau lebih dikenali sebagai PPRT. Program ini lebih mensasarkan
kepada golongan yang ingin membina rumah baru atau membaik pulih rumah untuk
diduduki dan memerlukan bantuan.
Pengenalan PPRT
Tujuan utama Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kualiti kehidupan keluarga miskin dan
miskin tegar dengan cara membaik pulih atau membina rumah baru bagi menyediakan
tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat sebagai asas pertumbuhan sesebuah
keluarga.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan PPRT
Permohonan bantuan PPRT lebih diberi keutamaan kepada
golongan seperti berikut:
-
Orang Kelaina Upaya – OKU
-
Mangsa bencana alam yang berskala kecil
-
Warga Emas
-
Bapa atau Ibu Tunggal yang mempunyai tanggungan
keluarga yang ramai
-
Keutamaan perlaksanaan Program ini adalah kepada
daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.
Jenis Kategori Rumah PPRT
Program PPRT terdapat 2 kategori disediakan seperti berikut
:
1) Baik Pulih
a) Kepada baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting
-
Penambahbaikan
-
Penyelenggaraan
-
Requisition
b) Syarat program bantuan baik pulih rumah
Bantuan akan diberikan kepada individu yang mempunyai rumah
yang usang atau kerosakan disebabkan oleh bencana dan masih boleh untuk di
perbaiki.
Mendapat surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari
pemilik.
2) Bina Baru
Bantuan pembinaan rumah baru akan diberikan kepada individu
yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami sekarang terlalu
usang dan tidak selamat untuk didiami.
Panduan Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT 2022 -Secara
Online
Jika anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat
permohonan , di bawah telah disediakan cara permohonan Bantuan Rumah PPRT :
-
Sila layari Portal Rasmi eSPKR – DI SINI
-
Kemudian tekan butang ”Program Perumahan Rakyat
Termiskin” di laman utama
-
Sila lengkapkan maklumat anda yang diperlukan di
ruangan yang telah disediakan
-
Selepas lengkap mengisi, tekan ”Hantar
Permohonan”
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan
Program Rumah PPRT , anda boleh hubungi Pihak berkaitan seperti berikut :
-
Khas : 03 8000 8000
-
E-mel : info@ruralink.gov.my
Sumber: portalmalaysia.com
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan