Pelbagai
jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang
memerlukan. Selain dari segi bantuan kewanga, terdapat juga bantuan dalam
bentuk membina dan membaiki rumah seperti Bantuan Bina dan Baiki Rumah
(Kerajaan Prihatin).
Berikut
adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang dipekenalkan ini:
Syarat-syarat
Kelayakan
-
Terbuka
kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri
Selangor lebih dari lima belas tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti
memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang
daripada lima belas tahun;
-
Pendapatan
isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan
yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan;
-
Umur
pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan
Upaya (OKU);
-
Hanya
ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan
ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja;
-
Pemohon
yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa
rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya;
-
Hanya
satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah;
-
Pemohon
yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan;
-
Rumah
yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan;
-
Pemohon
yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan;
-
Keadaan
rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki;
-
Rumah
pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang
mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak
mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta
bukan di kawasan banjir;
-
Tanah
TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab
Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran
bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan;
-
Pemohon
dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki
daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon
(disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);
-
Pemohon
yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan /
agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan
Prihatin;
-
Mangsa
bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan
Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan;
-
Pemohon
yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran
Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut.
Cara
Memohon
Kepada
yang menepati kriteria yang ditetapkan, permohonan Bantuan Bina dan Baiki Rumah
Kerajaan Prihatin boleh dilaksanakan secara atas talian di sistem Sistem Smart
Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).
Dimaklumkan
juga pemohon perlu mengemukakan maklumat yang benar dan tepat, bagi memudahkan
urusan permohonan di sistem berkenaan.
Untuk
maklumat lengkap dan terperinci berkenaan skim bantuan ini, ia boleh dibaca –
DI SINI, manakala permohonan boleh dikemukakan DI SINI.
Sumber:
semakanbantuan