Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300 Untuk B40
Bantuan BINGKAS ataupun Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor
diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri
bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tujuan utama adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua
keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga,
mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Menurut Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin
Bin Shari, program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu
Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS
IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga
anggota keseluruhan keluarga.
Sasaran sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300
akan diberikan untuk setiap bulan bagi menampung pembelian barangan keperluan
asas serta peralatan pendidikan.
Syarat Pendaftaran:
Syarat pendaftaran boleh disemak di laman sesawang BINGKAS.
Pemohonan dibuka untuk:
-
Warganegara Malaysia.
-
Lahir di Selangor atau menetap di Selangor
melebihi 10 tahun.
-
Pemilih berdaftar di Selangor.
-
Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
-
Pendapatan isi rumah adalah di bawah
RM3,000/sebulan.
Cara Memohon:
Untuk memohon, sila layari laman sesawang BINGKAS untuk
mengemaskini nombor telefon terkini anda dan membuat pendaftaran.
Sumber: blogrojak.com