Mana-mana
individu yang terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan
Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan. Hubungi Talian Kasih 15999 atau bilik
gerakan JKM Daerah anda.
Rakyat
Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi
Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih
di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
Mereka
juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi
(Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan
di kawasan masing-masing.
Maklumat
lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan
carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara
boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Setiap
bakul makanan adalah berjumlah RM100.
Ianya
mengandungi barangan seperti berikut:
-
beras
-
gula
-
tepung
gandum
-
bihun
-
kicap
-
sardin
-
biskut
-
kopi
-
garam
CARA
MOHON BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA
Ini
adalah cara untuk membuat permohonan bantuan program bakul makanan ini. Ianya
boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:
-
Hubungi
bilik gerakan JKM negeri/ daerah di mana anda menetap. (nombor telefon boleh
diperolehi di bahagian bawah artikel ini)
-
Hubungi
talian kasih di 15999.
-
Whatsapp
di 019-26 15999. (wa.me/60192615999)
-
Hubungi
pemimpin tempatan.
Perdana
Menteri telah memperkenalkan program bakul makanan yang dikenali sebagai Bakul
Prihatin Negara tahun 2022 ini bagi mereka yang memerlukan. Syarat bagi Program
Bakul Makanan ini ditujukan khusus kepada keluarga yang terjejas akibat pada
masa ini.
Dijangka
lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.
SENARAI
NOMBOR JKM SETIAP DAERAH DAN NEGERI
Ini
adalah nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan program ini.
Sumber:
salamkerjaya