Sebagai
imbasan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah sebuah bentuk bantuan kewangan
yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan
Rakyat.
Bantuan
ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung
rakyat. Sebelum ini, Pembayaran BKM Fasa
1 dan 2 telah dibuat pada bulan Mac dan Jun lalu. Kali ini, fasa 3 pulak.
Tarikh
Bayaran Bantuan BKM Fasa 3
Tarikh
Bayaran Bantuan BKM Fasa 3 & Semakan Jumlah Bayaran – Tentu ramai yang
tertunggu-tunggu berapa bayaran dan bilakah bayaran bantuan BKM Fasa 3 akan
dikreditkan.
Seperti
sebelum ini, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank bagi penerima yang
layak dan Tarikh bayaran Bantuan Fasa Kedua telah mula diagihkan mulai 27 Jun
2022 hingga 5 Julai 2022.
Berikut
dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan Keluarga Malaysia Fasa ketiga dan
keempat.
Semakan
Jumlah Bayaran
Semakan
jumlah bayaran bantuan bkm fasa 3 akan ditambah jika masalah kenaikan harga
barang masih berterusan.
PM
Ismail Sabri mengumumkan Bayaran BKM Fasa 3 dan 4 mungkin akan ditambah jika
kenaikan harga barang masih berterusan. katanya”.
Di
media sosial, isu ini turut menjadi tular apabila ramai yang berkongsikan harga
terkini barang-barang kawalan tersebut di kawasan masing-masing.
Akhir-akhir
ini ramai yang mengeluh dengan peningkatan kos sara hidup apabila kebanyakan
barang asas seperti ayam, minyak masak dan telur semakin mahal di pasaran.
Ismail
Sabri Yaakob menjelaskan bahawa pengurangan subsidi harga ayam yang dibuat
adalah bertujuan untuk disalurkan secara terus kepada rakyat melalui Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM). Memetik laporan akhbar tempatan, Perdana Menteri,
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ”.
Walaupun
BKM Fasa 2 baru disalurkan, namun ia dilihat sebagai langkah yang kurang
berkesan untuk menangani isu tersebut.
Dahulu
tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan beri lebih dari RM2,000. “Ketika
ini isi rumah golongan B40 menerima manfaat bantuan bernilai RM2,600 secara
berperingkat. Dengan penambahan RM500 mereka menerima RM2,600 setahun (termasuk
penambahan RM100 baru-baru ini).
“Kalau
kes (kenaikan harga barang dan kos sara hidup) belum selesai mungkin kita akan
tambah lagi (BKM) Fasa 3 atau 4,” katanya ketika berucap pada program Kenduri
Rakyat pada Penutupan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Perak di Litar
Dato’ Sagor semalam.
Untuk
makluman, pemohon rayuan BKM juga akan mendapat keputusan rayuan dan bayaran bagi
yang diluluskan akan dibuat pada BKM Fasa 3 dan 4.
Kemudian
kerajaan mengambil keputusan menyediakan bantuan tunai tambahan kepada golongan
B40 sebanyak RM100 untuk golongan isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang.
Sebelum
ini, kerajaan mengumumkan pemberian tunai tambahan menerusi BKM kepada B40 yang
terkesan dengan kos sara hidup yang memanfaatkan seramai 8.6 juta penerima
dengan isi rumah menerima sehingga RM2,500 pada tahun ini.
BKM
Fasa 3
1)
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah
anak 0: RM200
Jumlah
anak 1-2: RM300
Jumlah
anak lebih 3: RM400
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah
anak 0: RM100
Jumlah
anak 1-2: RM100
Jumlah
anak lebih 3: RM100
2)
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah
anak 0: RM500
Jumlah
anak 1-2: RM600
Jumlah
anak lebih 3: RM700
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah
anak 0: RM400
Jumlah
anak 1-2: RM400
Jumlah
anak lebih 3: RM400
3)
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur
Pemohon.
Pendapatan
Isi Rumah RM0 – RM2,500:
Jumlah
anak 1-2: RM800
Jumlah
anak lebih 3: RM900
Pendapatan
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:
Jumlah
anak 1-2: RM600
Jumlah
anak lebih 3: RM600
4)
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon
berumur 59 tahun dan ke bawa
Bayaran
BKM Fasa 3: RM150
Kategori
Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60
tahun dan ke atas
Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Maklumat
Lanjut
Sila
layari laman sesawang BKM atau hubungi di talian berikut:
Hotline
BKM MOF : 03-8882 4565 / 4566.
Hotline
BKM LHDNM: 1-800-88-2747.
Sumber
– portalinfo.my