Pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Akta 1991 perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh agensi tersebut dan bukannya desakan pihak luar.
(6) Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada
subseksyen 59(2),Lembaga boleh membenarkan permohonan seseorang ahli Kumpulan
Wang untuk mengeluarkan sebahagian daripada amaun yang ada pada kreditnya
mengikut apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga jika Lembaga
berpuas hati bahawa
(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud
kelestarian hidup; [Mas. P.U.(A) 135/2020]
(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk
menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup; dan[Mas. P.U.(A)
389/2020]
(m) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk
menambah pendapatannya bagi maksud kelangsungan hidup disebabkan oleh
pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] untuk mengawal atau mencegah merebaknya
Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).[Mas. P.U.(A) 306/2021]
Maka tiada alasan jika Tengku Zafrul Menteri Kewangan masih
keras berhujah bahawa kerajaan tiada punca kuasa mahupun mendahului takdir
bahawa masa depan pencarum akan merana kerana bersara dalam keadaan di bawah
garis kemiskinan.
Lihat penjelasan lanjut bro Hirwan dibawah ini:
H A N A T
ReplyDeletememang perlu dikluar kan atas sebab harga barang naik..dgn baru je nak selesai kan masalah hutang
ReplyDeleteKos melambung berlipat kali ganda dari gaji,bkn masalah hutang je,yg xde hutang pun masih xbleh nak tampung kos sara hidup yg tinggi dari pendapatan bulanan,Smpai buat 2,3kerja lebih,ade terdesak buat pinjaman wang yg xberlesen sbb terdesak dengan beban,sewa rumah lg terus naik,kami perlukan pengeluaran..
ReplyDelete