Pembayaran Jumlah Bantuan Fasa 3 BKM Akan Ditambah
Pembayaran Jumlah Bantuan Fasa 3 BKM Akan Ditambah.
Pembayaran kemungkinan untuk Bantuan Fasa 3 BKM dan fasa 4 akan ditambah
sekiranya isu kenaikan harga ini berterusan.
Kerajaan memberi bayaran akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
JUMLAH BANTUAN
“Bantuan BKM RM 2,600 siapa nak bagi ? Kerajaan
sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan
bagi bantuan lebih daripada RM 2,000. Kita sekarang bagi RM 2,600.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan
beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.
Beliau brkata demikian ketika berucap pada Kenduri
Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di
Litar Dato Sagor, pada Ahad.
“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak
selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan
tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.
BAYARAN BKM
Dijangkakan proses pengkreditan akan menjadi semakin
cepat setelah pukul 6 petang. Di mana pihak kerajaan akan memberi keutamaan
kepada pemegang bank BSN terlebih dahulu.
Pembayaran BKM Fasa 2 telah mula dikreditkan pada 27
Jun lepas bermula 6 petang tadi terdapat beberapa individu telah menerima
bayaran BKM Fasa 2. Khususnya, pembayaran diberikan kepada pemegang akaun bank
BSN.
SEMAKAN STATUS BKM FASA 2
Semakan status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia
(BKM) Fasa 2 dapat dilakukan melalui portal rasmi BKM
Kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan
pada 27 Jun nanti.
Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini
adalah untuk meringankan beban rakyat.
Sumber: myinfokerja
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan