Entah
sejak bila, tapi akhir-akhir ini banyak aduan tentang pasar raya dan kedai
runcit yang didakwa semakin berani ‘sembelih’ pelanggan dengan meletakkan
syarat untuk pembelian minyak masak di kedai-kedai.
Seperti
video yang sedang tular, sebuah pasar raya didakwa mengenakan syarat kepada
para pelanggan di mana minyak masak hanya boleh dibeli sekiranya pelanggan
membuat pembelian lain berjumlah RM20 ke atas.
Menerusi
video yang dikongsikan @isusemasaviral, seorang pemuda yang juga pelanggan
pasar raya berkenaan tidak berpuas hati mengapa syarat sedemikian diletakkan
sedangkan dia hanya mahu membeli dua paket minyak masak.
Bagaimanapun
peniaga tersebut dilihat terus mengelak dari menjawab persoalan yang diajukan
dan tidak melayan pemuda berkenaan
“Dari
mana datang undang-undang ni? Saya mau minyak, saya tak kira. Mana ada
undang-undang macam ini.
“Ni
nampak ni, RM20 baru boleh beli minyak masak. Mana boleh macam tu. Sekarang
saya mahu minyak, saya tak kira, saya orang Malaysia. Apa pasal saya tak boleh
dapat ini minyak,” soalnya.
Sebelum
ini sebuah portal berita melaporkan bahawa terdapat pasar raya yang didapati
mula menjual bahan masakan tersebut pada harga lebih 40 peratus berbanding
harga sebelum ini.
Bahkan
ketika ini juga kecoh apabila minyak masak sawit bersubsidi dari Malaysia,
dikesan dijual secara berleluasa tanpa kawalan di sekitar pekan Sungai Golok,
Thailand.
Sumber:
malaysiadateline