KUALA
LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah membalas sokongan padu
penonton di Axiata Arena Bukit Jalil apabila menyingkirkan pasangan Indonesia,
Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-18, 21-17 di suku akhir Masters
Malaysia, sebentar tadi.
Kejayaan
itu membolehkan Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir esok dan gandingan itu
dijadual bertemu pilihan pertama kejohanan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi
Fan yang sebelum itu menewaskan rakan senegara, Du Yue-Li Wen Mei 21-15, 21-13.
Kemenangan
dalam tempoh 42 minit itu juga adalah pertama Pearly-Thinaah ke atas juara
Terbuka Malaysia minggu lalu itu, dengan rekod pertemuan antara mereka kini
terikat dengan 1-1 selepas wakil negara itu tewas di separuh akhir Terbuka
Indonesia bulan lalu.
Beregu
wanita Negara, Pearly Tan-M Thinaah menewaskan beregu dari Indonesia pada suku
akhir Masters Malaysia di Arena Axiata. - NSTP/Fathil Asri
Sementara
itu, beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Mohd Haikal Nazri terpaksa
akur dengan kekuatan gandingan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2019 dari
Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Wan
Arif-Mohd Haikal tewas 10-21, 16-21 dalam pertemuan sulung dengan gandingan
Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan.
Begitupun
pencapaian gandingan 'Patatimo Boys' di Masters Malaysia disifatkan lebih baik
berbanding Terbuka Malaysia minggu lalu yang menyaksikan mereka tewas di
pusingan pertama di tangan rakan senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi 19-21, 13-21.
Pencapaian
terbaik Wan Arif-Mohd Haikal pada musim ini adalah di Masters Orleans yang
berlangsung di Perancis, Mac lalu, apabila mara sehingga ke pentas final namun
terpaksa menarik diri selepas Haikal diuji positif COVID-19.
Wan
Arif-Mohd Haikal tewas 10-21, 16-21 dalam pertemuan sulung dengan gandingan
Indonesia yang diletakkan sebagai pilihan keenam kejohanan. - NSTP/Fathil Asri
Sumber:
bharian