Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai sebarang
aktiviti perhimpunan yang tidak mematuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman
2012.
Terdahulu,
PDRM mengesan sebaran video di media sosial yang mengajak orang ramai untuk
menyertai aktiviti flashmob atau perhimpunan di seluruh negara bagi membantah
kenaikan harga barang.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas akan
diambil PDRM terhadap mana-mana penganjur perhimpunan atau peserta yang gagal
mematuhi undang-undang.
“PDRM
akan memantau dan memastikan situasi keselamatan negara tidak terjejas.
“Pada
masa sama, masyarakat diminta memberi kerjasama dengan tidak terlibat dalam
aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Sumber:
KOSMO! ONLINE.