Peningkatan
kadar faedah pinjaman serta situasi inflasi akan menyebabkan bank akan menjadi
lebih berwaspada dalam meluluskan pinjaman sewa beli kenderaan.
Situasi
itu dijangka akan memberi kesukaran kepada bakal pembeli kenderaan dalam tempoh
terdekat.
Penganalisis
RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata berdasarkan data, apabila
Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi rujukan kadar faedah pinjaman tempatan
berada pada dua peratus antara Februari 2009 hingga Februari 2010, purata kadar
kelulusan pinjaman untuk pembelian kenderaan berada pada 60 peratus.
Beliau
berkata, bagaimanapun apabila OPR dinaikkan kepada tiga peratus antara Mei 2011
dan Jun 2014, kadar kelulusan purata jatuh kepada 51 peratus.
Katanya,
OPR yang lebih tinggi berkemungkinan akan diterjemahkan kepada perbelanjaan
faedah yang lebih tinggi atas pinjaman sewa beli.
Ini
katanya menjadikannya lebih mahal dan sukar bagi sesetengah pelanggan.
"Oleh
itu, kami percaya bahawa bank akan menjadi lebih berhati-hati dalam kelulusan
pinjaman sewa beli.
"Ini
juga berpotensi membawa kepada penurunan kadar kelulusan pinjaman sewa
beli," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Khai
Xhiang berkata, selain itu lonjakan inflasi juga boleh melemahkan kuasa beli
pengguna.
Beliau
berkata, inflasi teras Malaysia boleh meningkat lagi apabila kerajaan mengambil
langkah menyederhanakan tahap subsidi dalam tempoh terdekat.
"Pada
pandangan kami, kerana pembelian kereta adalah satu keputusan yang dibuat
semata-mata mengikut budi bicara, apabila berhadapan dengan kenaikan kos sara
hidup dan harga kereta yang lebih tinggi, pengguna yang lebih sensitif terhadap
harga mungkin lebih cenderung untuk menahan pembelian yang tidak penting,"
katanya.
Sumber:
bharian