Buat
korang yang masih tercari-cari rumah idaman dan ingin memiliki rumah pertama,
kami ada berita baik untuk semua. Bermula 15 sehingga 17 Julai 2022,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menganjurkan Karnival
Jom Beli Rumah 2022 (KJBR 2022) di Dewan 1, Pusat Pameran Mid Valley (Mid
Valley Exhibition Centre – MVEC), Kuala Lumpur.
KJBR
2022 ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian bagi meningkatkan pemilikan
rumah dalam kalangan rakyat, selaras dengan matlamat Satu Keluarga, Satu Rumah.
Ia sekaligus menggalakkan generasi muda membeli serta memiliki rumah pertama
mereka.
Kalau
korang nak tahu lebih lanjut tentang program ini, jom kami kongsikan!
Penganjuran
KJBR 2022 ini adalah kolaborasi strategik KPKT bersama Persatuan Pemaju
Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) serta Media Prima Omnia
Ia
terbuka kepada semua bakal pembeli rumah terutamanya golongan pembeli rumah
pertama dengan menyediakan skim
pembiayaan seperti berikut:
(i)
Skim Rumah Pertamaku (SRP)
Skim
yang ditawarkan oleh Cagamas Berhad ini adalah bagi membantu pembeli rumah
pertama dalam kalangan M40 dan B40 untuk memiliki sebuah rumah dengan nilai
harta tanah sehingga RM500,000 tanpa perlu membayar wang pendahuluan dengan
pembiayaan sehingga 110%.
Skim
ini terbuka kepada individu yang bekerja sendiri atau pekerja bergaji dengan
pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM10,000 untuk pemohon tunggal atau
pemohon bersama.
(ii)
Skim rent-to-own (RTO)
Skim
RTO PR1MA memberi peluang kepada rakyat khususnya dalam kalangan M40 untuk
memiliki rumah idaman dengan skim pemilikan perumahan secara mampu milik. Skim
RTO merupakan skim pemilikan perumahan berkonsep sewa beli dan skim ini terbuka
untuk unit-unit PR1MA sedia ada.
Skim
ini menawarkan pelbagai faedah kepada bakal pembeli termasuk kos kemasukan
rendah, kos bulanan yang rendah untuk lima (5) tahun pertama serta harga rumah
yang terkawal dan mampu milik.
Golongan
yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti pekerja ekonomi gig dan
bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau
usahawan kecil
Syarikat
Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) menyediakan pembiayaan perumahan yang
akan dijamin oleh Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk pemohon-pemohon
yang tidak berpendapatan tetap dan berpendapatan rendah dan kekurangan dokumen
pendapatan bagi pembelian rumah pertama.
Had
pembiayaan yang ditawarkan sehingga RM400,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan
pokok, MRTA/ MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian) dengan pembiayaan
sehingga 100%.
-
Pameran
dan jualan hartanah daripada pemaju berkaliber;
-
Panduan
Pembelian Rumah untuk bakal pembeli rumah;
-
Pameran
Rumah Mampu Milik daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri;
-
Kaunter-
kaunter maklumat berkenaan inisiatif kerajaan termasuk Pembiayaan (i-Biaya)
-
Program-program
yang berkaitan industri hartanah, seperti :
1.
Klinik
Pengurusan Kewangan oleh AKPK;
2.
Lain-lain
program ilmiah yang berkaitan industri hartanah; dan
3.
Khidmat
Nasihat Perumahan daripada agensi Kerajaan dan industri kewangan yang
berkaitan;
-
Aktiviti
keluarga: Face Painting For Kids & Pop-Corn;
-
Persembahan
hiburan daripada artis tanah air seperti:
-
Sissy
Iman: 15 Julai 2022, 5–6 petang
-
Khai
Bahar: 16 Julai 2022, 2– 3 petang
-
Tomok
dan Puteri Hareeza: 17 Julai 2022, 2– 3 petang
-
Personaliti
Hot FM: Sabtu-Ahad, 12-2 petang, Sabtu 6-8 malam
-
Demonstrasi
Masakan bersama Maria Tunku Sabri: Sabtu- 5-7 petang
Yang
lagi best, pada masa ini, kerajaan juga telah memberi insentif pengecualian
duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah
kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000.00. Bestnya!
Lebih
17 pemaju akan berada di karnival ni tau!
Antara
pemaju yang terlibat ialah:
1.
Gamuda
Land Sdn. Bhd.
2.
IJM
Land Berhad
3.
S
P Setia Berhad
4.
Sunway
Property
5.
Mah
Sing Group Berhad
6.
Sime
Darby Property Berhad
7.
LBS
Bina Group
8.
Putrajaya
Holdings Sdn. Bhd.
9.
THP
Hartanah Sdn. Bhd
10.
Lagenda
Properties Berhad
11.
EM
Hub Sdn. Bhd.
12.
Perbadanan
PRIMA Malaysia
13.
Matrix
Concepts Holdings Berhad
14.
Ecofirst
15.
Land
& General Berhad
16.
MKH
berhad
17.
Platinum
Victory Holdings Sdn. Bhd.
Program
Pemilikan Rumah (Home Ownership Programme – HOPE) akan dilancarkan di KJBR 2022
Sempena
KJBR 2022 ini juga, turut diadakan Pelancaran Program Pemilikan Rumah (Home
Ownership Programme – HOPE) oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Julai 2022
(Jumaat), jam 3.30 petang.
HOPE
adalah inisiatif KPKT untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat
dengan fokus utama sasaran iaitu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana
terutamanya dalam kumpulan B40 dan M40.
Antara
program rumah mampu milik di bawah KPKT adalah seperti Program Perumahan Rakyat
(PPR), Perumahan Penjawatan Awam (PPAM), Rumah Mesra Rakyat (RMR), Rumah
Transit Belia (RTB), Perumahan PR1MA dan juga kediaman SPNB.
Dengan
Pelancaran HOPE, Kerajaan akan memastikan bahawa rakyat tidak terpinggir dalam arus perancangan perumahan
negara serta kita semua dapat menikmati perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan
dengan lebih tersusun.
Kalau
korang nak tahu lebih lanjut berkaitan HOPE, korang boleh layari laman web
mereka iaitu https://hope.kpkt.gov.my.
Jadi,
apa lagi korang tunggu? Jom ajak kawan-kawan dan keluarga ramai-ramai
memeriahkan Karnival Jom Beli Rumah dan Pelancaran HOPE serta rebut peluang
untuk miliki rumah idaman korang dengan cara yang bijak!
Untuk
sebarang maklumat lanjut, sila layari laman sesawang seperti berikut :
-
https://www.mediaprimaomnia.my
Sumber:
ohbulan