MySejahtera
kini berwajah baharu dengan beberapa ciri baharu yang dapat membantu memantau
dan melihat maklumat kesihatan.
Perkara
itu diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter
sebentar tadi.
“MySejahtera
kini berwajah baharu dengan ciri-ciri baharu yang dapat membantu kita pantau
dan lihat maklumat kesihatan.
“Rekod
saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera.
Kemas kini aplikasi anda mulai hari ini untuk mendapatkan ciri-ciri baharu
ini,” ciapnya di Twitter hari ini.
Turut
akan diperkenalkan menerusi kemas kini terbaharu ialah rekod perdermaan darah
dan buku pemeriksaan kehamilan atau buku ‘pink’ secara digital.
Sumber:
KOSMO! ONLINE.