Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di
sini. Kerajaan dibawah kementerian kewangan memperkenalkan pakej bantuan AM
bagi mereka yang layak. Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak
berkemampuan. Butiranya seperti dibawah :-
Apakah itu Bantuan Am?
-
Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan
seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga
-
Bantuan Am adalah bertujuan untuk
membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Siapakah yang layak untuk memohon
Bantuan Am?
-
Warganegara yang bermastautin di
Malaysia;
-
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
1.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata
miskin isi rumah semasa; atau
2.
PGK purata miskin per kapita semasa;
-
Golongan yang memerlukan dan keluarga
miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
ATAU
-
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak
dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan
Am?
-
Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang
Permohonan Bantuan (JKM 18)
-
Untuk memudahkan urusan pentadbiran,
pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
1.
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
2.
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri /
ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
3.
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli
keluarga yang tinggal bersama
4.
Salinan penyata gaji (jika ada), dan
lain-lain dokumen yang berkaitan.
-
Pengendalian permohonan bantuan kewangan
dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di
seluruh negara.
1.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan
dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan
bantuan kepada pemohon
2.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip
penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Sumber: inforakyat.net