Kerajaan
pada Khamis mengeluarkan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam seiring
mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.
Dokumen
sembilan halaman yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian
Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon bertarikh 14 Julai 2022.
Garis
Panduan itu menyatakan bahawa Kementerian, Jabatan, Agensi, Badan Berkanun
Persekutuan serta Syarikat Terhad Dengan Jaminan (CLBG) hendaklah menyusun
semula program atau aktiviti dan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan
dengan memastikan tidak membuat 'trade-off' ke atas program dan aktiviti yang
mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan
telah mengambil langkah untuk melaksanakan subsidi barangan perlu (essential
goods) serta kawalan harga bagi mengurangkan impak inflasi dunia kepada negara
dan rakyat.
"Peningkatan
subsidi sedia ada terutamanya produk petroleum dan minyak masak serta subsidi
baharu seperti elektrik dan ayam telah menyumbang kepada peningkatan
perbelanjaan Kerajaan.
"Perbelanjaan
bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan
peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.
"Dengan
itu, Kerajaan seharusnya melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan
bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi
kesejahteraan rakyat," memetik kandungan dokumen tersebut.
Antara
yang dinyatakan dalam dokumen tersebut termasuk sasaran Kementerian Kewangan
melaksanakan penjimatan peruntukan mengurus sekurang-kurangnya lima peratus.
Antara
penjimatan yang digariskan termasuk melibatkan pejawatan, kontrak, elaun, aset,
penganjuran acara, iklan, pelaburan, rizab dan perbelanjaan pembangunan.
Dilampirkan
Pekeliling Perbendaharaan tersebut:
Sumber:
astroawani