Semalam isu membabitkan pemain berdarah kacukan
Iraq-Malaysia, Jaami Qureshi untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya kembali
menjadi bualan komuniti bola sepak tempatan.
Ayah kepada bekas pemain remaja kelab Liga Inggeris Brighton
& Hove Albion itu mendakwa
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menghormati mereka kerana
Presidennya, Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin enggan meluangkan masa untuk
bertemu kedua-duanya ketika lawatan ke Wisma FAM pada 16 Jun lalu.
Jaami Qureshi has arrived at Wisma FAM. pic.twitter.com/2j7V38HDiy
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 16, 2022
Ayah kepada pemain itu, Perviz Qureshi, turut mendakwa FAM
enggan memperkenalkan anaknya itu kepada Ketua Jurulatih pasukan negara, Kim
Pan-gon, selain turut mendakwa FAM memiliki agenda tersendiri.
Ini sebenarnya bukan kali pertama Perviz Qureshi mengkritik
FAM secara terbuka menggunakan media.
Bukanlah untuk mempertahankan FAM. Tetapi di manakah
keperluan untuk pertemuan dengan Datuk Haji Hamidin atau Kim Pan-gon dilakukan
sekiranya jelas Jaami Qureshi enggan melepaskan passport Britain yang
dipegangnya untuk membenarkan dirinya menyarung jersi pasukan negara suatu hari
nanti.
FAM pernah beri penjelasan
Sebenarnya isu FAM ‘didakwa’ membelakangkan Jaami Qureshi
oleh ayahnya tidak lagi sepatutnya timbul.
Badan induk bola sepak negara itu sendiri turut pernah
menjelaskan kronologi rundingan yang pernah dilakukan bersama pemain itu dan
ayahnya.
Sebenarnya rundingan untuk mendapatkan Jaami mewakili
Malaysia oleh FAM bermula pada Jun 2020 lagi, melibatkan Perviz dan pengurus
akademi Brighton, John Morling.
#NSTsports The FA of Malaysia (#FAM) have rubbished claims that they had not given England-based Jaami Qureshi, an Iraqi-Malaysian, a chance to play for Harimau Malaya. https://t.co/IHNKDFtbB1
— New Straits Times (@NST_Online) January 18, 2022
Pada ketika itu FAM berharap dapat memanggil Jaami untuk
menyertai kem latihan pusat B-19 untuk persiapan menghadapi Kejohanan AFC B-19
yang kemudiannya dibatalkan oleh penganjur.
Kemudian pada 10 Julai 2020 Perviz Qureshi menyatakan
keberatan membenarkan anaknya, Jaami yang berdarah kacukan Iraq-Malaysia,
pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang dan mencadangkan
supaya FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya.
Perviz juga keberatan mengizinkan FAM mengirim petugas
teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.
Kemudian pada 14 Julai 2020 FAM sekali lagi telah berhubung
dengan pihak Jaami dan menyatakan tiga perkara penting yang perlu dimuktamadkan
iaitu: Pertama, Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses
permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport.
Kedua, Jaami perlu memberikan komitmen untuk memilih
Malaysia dan bukan England jika kedua-duanya layak ke Piala Dunia B-20 2021.
Ketiga, Jaami juga harus melalui proses ujian pemilihan dari
sudut teknikal seperti seorang lagi pemain berpangkalan di luar negara, Wan
Ahmad Kuzri Ahmad Kamal.
Menjelang 24 Julai 2020, Jaami sah tidak disenaraikan Ketua
Jurulatih skuad B-19 negara ketika itu, Brad Maloney atas sebab tiada
persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak berhubung tiga perkara penting
tersebut.
Jaami Qureshi's father revealed Iraq has been in contact with the Brighton youngster. Qureshi is eligible to play for England, Malaysia and Iraq. pic.twitter.com/y04hgvlWtz
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) June 18, 2021
Jaami Qureshi gave a potential confirmation of representing Iraq in international football instead of England and Malaysia.https://t.co/cePp1O6b8P
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) January 16, 2022
Pada Januari tahun ini FAM telah mendedahkan bagaimana
Perviz Qureshi mahukan anaknya yang berpangkalan di England diberikan keistimewaan
taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.
Malah di dalam tempoh itu Perviz mengesahkan anaknya itu
telah memilih untuk mewakili skuad kebangsaan Iraq selepas FAM dianggap tidak
berusaha membenarkan anaknya mewakili Malaysia.
Mengapa perlu berjumpa Kim Pan-gon?
Berdasarkan kronologi di atas, pendirian FAM amat jelas
bahawa badan induk itu tetap dengan pendirian tidak akan berkompromi dengan
syarat-syarat yang harus dipenuhi oleh pemain itu sebelum dibenarkan mewakili
Malaysia di pentas antarabangsa.
Ia juga soal perundangan dan perlembagaan negara, maka tiada
sebab mengapa Jaami Qureshi harus diberikan pengecualian di dalam hal
kewarganegaraan.
Tak nak lepas passport pastu meroyan... Apa masalah dia ni sebenarnya pic.twitter.com/nxrSCASAqF
— Rajanyucare (@rajanyucare) June 30, 2022
Melalui artikel temubual bersama Harian Metro yang disiarkan
semalam, pemain itu sendiri menyatakan tidak sangggup melepaskan passport
British yang dipegangnya.
Perundangan negara pula jelas menyatakan seorang warganegara
Malaysia tidak boleh memiliki dia passport atau dwi kewarganegaraan.
Jadi apakah keperluan Perviz dan anaknya mahu berjumpa
dengan Kim Pan-gon sekiranya enggan menukar kewarganegaraan terlebih dahulu?
“If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.“ - Mokhtar Dahari
— Padang Bola Sepak 🇲🇾 (@padangbolasepak) November 13, 2020
November 13, 1953 - The birthday of one of the greatest.#SuperMokh pic.twitter.com/CiBAoFrr2z
Adakah Perviz mahu mempergunakan Kim Pan-gon untuk mendesak
FAM untuk memberi kelonggaran kepada anaknya itu?
Mungkin kata-kata Mokhtar Dahari ini boleh menjadi mesej yang
berguna buat Perviz dan Jaami Qureshi:
“If you’re ashamed to stand by your colours, you better seek
for another flag.” ― Mokhtar Dahari
Sumber: semuanyabola