Maybank
mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini. Malayan Banking Bhd (Maybank)
akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25
mata asas berkuat kuasa 8 Julai ini, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar
Semalaman (OPR) semalam.
Dalam
satu kenyataan, bank itu berkata kadar Asas (BR) akan dinaikkan daripada 2.00
peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun manakala kadar BLR akan dilaras
daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.
Begitu
juga, Maybank berkata Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan
sebanyak 25 mata asas masing-masing daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25
peratus setahun dan daripada 5.65 peratus setahun kepada 5.90 peratus setahun.
Sehubungan
dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga
akan diselaras naik berkuat kuasa 8 Julai ini.
“Semakan
terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 13 Mei 2022 apabila ia dinaikkan
daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun berikutan kenaikan
OPR dengan kuantum yang sama,” tambahnya.
Sumber:
inforakyat