SHAH
ALAM - Bekas Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan program Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilaksanakan lebih awal iaitu
ketika di Tingkatan 1 berbanding Tingkatan 4 ketika ini bagi memberi peluang
kepada pelajar memilih bidang kemahiran yang mereka minati.
Menurut
Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, pelajaran TVET amat diperlukan pada masa kini
kerana skopnya luas di mana pelajar boleh memilih sama ada mahu bekerja dalam
sektor industri atau melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
“Orang
yang ada kemahiran teknikal boleh menjana pendapatan tinggi kerana kemahiran
ini bukan semua orang ada.
“Jika
tidak ingin sambung belajar, mereka boleh masuk ke dalam industri. Dengan
adanya kemahiran itu, mudah untuk mereka cari kerja atau buka syarikat
sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sumber:
sinarharian